Tuesday, 8 November 2016

Takabur dalam Islam

Assalamualaikum ♫

Melalui ayat Al Quran di atas , terbukti bahawa Islam melarang kita untuk berbangga diri atau lazimnya kita sebut sebagai takabur ..




Takabur itu sendiri beerti :
Dari segi bahasa bermaksud sombong dan membangga diri .. Individu seperti ini biasanya akan lupa untuk mengingati bahawa semua yang dia miliki ialah kepunyaan Allah s.w.t.. Dengan erti kata lain , individu tersebut lupa untuk mensyukuri nikmat yang telah diberikan olehNya ..

Takabur ini mempunyai 3 jenis antaranya :
1. Takabur kepada Allah
2. Takabur kepada Rasulullah
3. Takabur kepada semua makhluk seperti sombong dengan harta kekayaan

Macam mana nak tahu yang diri kita ni ada sifat takabur ? antaranya ialah :
1. Sifat membanggakan diri
2. Merendah2xkan orang lain
3. Suka memburuk2xkan orang lain

Macam mana nak mengelak daripada wujudnya sifat takabur dalam diri kita ni yer ??
1. Amalkan sifat merendahkan diri walaupun ilmu kita setinggi gunung
2. Banyakkan zikrullah
3. Memperbanyakkan sahabat tidak kira golongan apapun
4. Memperbanyakkan sedekah

Semoga kita dijauhi daripada sifat takabur ini .. kerana sifat ini juga punca daripada hitamnya hati .. biarlah ilmu kita setinggi langit tapi ingat , Ilmu itu ialah milik abadi Allah s.w.t..

source : http://www.mutiaraislam.web.id/2014/01/sifat-takabur-atau-sombong.html
Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

No comments:

Post a Comment

1. No harsh word
2. No spamming
3. Dont like ? With my pleasure you can get out from here
4. Lets make a friend here not fighting each other

-LeluChann-